Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.
Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.
Tempat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.
Di antara tempat latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Asia Pasific Flight Training, Malaysian Flying Academy . Semasa di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan.
Tuesday, 18 October 2011
Posted by izzainur&amin at 18:51 0 comments
Labels: JURUTERBANG
Sunday, 16 October 2011
KERJAYA SEBAGAI JURUTERBANG
Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.
CIRI-CIRI PERIBADI SEORANG JURUTERBANG
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.
Posted by izzainur&amin at 19:09 0 comments
Labels: JURUTERBANG
Subscribe to:
Comments (Atom)



